Antara petua dan tips bagi membantu ibu menyusu di bulan puasa ialah :
1. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu.
Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan
Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu
anakku”
2. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw
bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka
menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
3. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang
beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang
produk lain
4. Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya
5. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas
6. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak
7. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda
akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam
kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu
sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan)
8. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Ambil milk booster jika perlu
9. Elakkan terlalu penat. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.
10. Ingatlah anda seorang ibu yang bertuah dapat peluang menyusukan anak di bulan yang mulia ini.
Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
Rahsia saya menyusu di bulan puasa adalah dengan tambahan kurma dan set mighty 3 gem ;)
nak tahu lebih lanjut? klik di
sini