Sunday, July 21, 2013

lagi pasal turunkan berat dengan set kurus shaklee

bismillah..

hey happy rasa hati.. bukan apa.. sejak-sejak si Muaz ni dah kurang minum.. sebab dah lasak n makan solid food.. berat ku naik.. dan susah nak turun.. huhuhu .. kalau turun.. nanti naik balik a week after..
haruslah mak dia cari alternatif lain.. nak diet.. karang susu merudum .. kurang khasiat.. so still teruskan makan.. cuba diet kalori.. hah! apa dia? kalori defisit! makesure kalori intake ngam2 ikut kesesuaian aku.. then pastikan juga kalori out tu lebih.. baru boleh dapat defisit ;)

oh.. ni nak share.. testimoni ahkak cantik yang amik set kurus shaklee juga.. 7 bulan istiqamah.. dan hasilnya? walla weh.. testi set kurus ahkak cantik

ok, ni nak share sikit tips 3 rahsia bakar lemak

Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?

1. Kurangkan beban semasa angkat berat

Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2. Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3. Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.

Saturday, July 20, 2013

Berat turun 4kg within 2 weeks!! yahooo


Bismillah..

nak cite ni. sebelum ni.. berat cikyah 52kg,siap cabar diri masuk contest the biggest loser kat opis.. hahaha..
nak dijadikan cerita.. masuk hari ke 10 puasa,timbang-timbang berat.. ya Allah macam tak percaya!!
berat sekarang 48kg.. weehooo ! alhamdulillah sangat

Sahur,cikyah makan roti jer.. bancuh ESP shaklee dengan amik vitalea n omega guard shaklee..
alhamdulillah,sepanjang hari rasa bertenaga n kurang lapar..
Buka pula,kalau makan nasik,amik satu senduk je n tak bertambah..
nak tido makan lecithin ,herblax denga alfalfa.. ni semua termasuk dalam set kurus shaklee le ni.

Serius,korang patut try.. tak rugi pun.. harga pun berpatutan.. murah sangat kalau nak bandingkan dengan
produk kuruskan baddan yang lain.

ok,tengah happy ni.. sekarang misi untuk kempiskan perut daku pulak.. ahaks!!


Tuesday, July 16, 2013

Penangan pisang montel,aku terkena gastrik!

salam semua..
lama kita tak bersiaran..busy sangat kot aku ni..dengan 3 hero.. tak ada bibik.. balik keje sampai rumah nak pukul 7pm..
Allahu Akbar semoga semakin tabah dan kental! cepatlah jadi WAHM ;)

oh.. nak cerita sebenarnya pasal gastrik ni..
sejak2 bfeeding ni.. rasa senang sgt kena perut masuk angin.. lepastu naik ke kepala.. xakit kepala ya allah satu macam..
tak boleh nak tengok cahaya.. tak boleh suasan bising..owh.. siap muntah tau!mula2 ingat angin biasa.. fikir2 balik simptom dia macam terkena penyakit gastrik.

itulah alkisahnya.. makan pisang montel,lepas terkena gastrik tu.. baru la dpt identify yang badan aku ni tak boleh rupanya makan pisang montel.So,lepastu memang dah blacklist si pisang montel ni.Nangka dengan pulut pun tak berani nak makan.

Selalu kalau jumpa doktor,dia bagi ubat kaler putih tu denganubat charcoal tu.. n aku telan juga teh o halia.Nak minum teh halia sahaja tak lalu.. oh,nak bagitau ni,sejak makan shaklee.. dah banyak kurang kena gastrik.. kalau rasa nak terkena cepat2 bancuh ESP shaklee tu.ESp ni bagus sbb dia bersifat alkali yang akan meneutralkan keasidan dalam perut kita.. selain tu amik juga peppermint ginger.. bancuh buat air.. alhamdulillah.. sekarang dah tak risau kalau terken agastrik lagi..