Thursday, January 24, 2013

Faedah penyusuan terhadap ibu

  •  Bonding
Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan ikatan antara ibu dengan bayi. Sentuhan antara ibu dengan bayi, berada rapat semasa penyusuan dan masa yang dihabiskan bersama-sama semasa menyusu merupakan saat indah bagi setiap ibu. Sebenarnya terdapat hormon yang dikeluarkan semasa penyusuan yang membantu meningkatkan ikatan dan perasaan keibuan ini.My sons memang close dengan ibu dia berbanding dengan abah diorg ni.. even ibu dia garang or marah²,ibu jugalah yang diorg cari n peluk cium  ..
  •  Anti-stress
Semasa menyusui bayi, hormon prolaktin dan oksitosin akan dirembeskan dalam tubuh ibu. Fungsi utama hormon ini adalah untuk memastikan penghasilan dan pengeluaran susu. Dalam masa yang sama, hormon ini mampu menyebabkan ibu berasa tenang. Kesannya, ibu yang lebih tenang akan lebih bersedia untuk menyusui dan menjaga bayi mereka. hah,lagi best kalau bfeed masa berbaring.. confirm ibu tido skali dengan bb,kan?
  • Mengelakkan kejadian tumpah darah
Hormon oksitosin juga akan bertindak ke atas rahim ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim. Keadaan ini akan mengurangkan risiko pendarahan yang banyak selepas bersalin. Dengan itu, risiko bagi ibu untuk mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah akan berkurangan.Memang tak dinafikan,bila bfeed masa tengah confinement tu,sakitnye ya Allah masa rahim tgh mengecut.. rasa mcm contraction kali kedua.Tapi,alhamdulillah memang cepat rahim tu kecut.. n kena rajin² [akai bengkung lagi cepat perut tu kempis
  •  Mengurangkan berat badan
Ibu memerlukan tenaga yang banyak bagi menghasilkan susu untuk menyusui bayi mereka. Lemak yang banyak terkumpul dalam tubuh ibu semasa hamil akan dibakar untuk menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam penghasilan susu. Oleh itu, ibu yang menyusui bayi mereka terutamanya secara eksklusif selama 6 bulan pertama berjaya mengurangkan berat tubuh dengan lebih cepat berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka. Keadaan ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk ibu mengalami masalah obesiti selepas bersalin.Yezzaa,yang ni setuju sangat.. me myself.. lepas bersalin bb keluar dgn darah n air ketuban semua,turun la dalam 5kg,dalam waktu confinement turun lagi dalam 5 kg.. so skrg berat saya 50~51kg tinggi 158cm..
Actually ikut juga hormon dan keupayaan badan kita sendiri,setiap orang tak sama.. usia pun memainkan peranan.Compare to my previous pregnancy,kali ni lambat sikit turun.. tapi oklah sebab masih terkawal dulu kurus keding sangat kot.. smpi 45kg.
  •  Family planning yang natural 
Hormon yang dirembeskan semasa menyusui bayi juga dapat mengelakkan ibu daripada menjadi subur. Malahan ramai ibu yang tidak didatangi haid semasa mereka menyusui bayi. Walaubagaimanapun tempoh ketidaksuburan ini berbeza bagi setiap ibu. Hanya ibu yang menyusui bayi mereka secara eksklusif, bayi berusia 6 bulan ke bawah dan ibu masih belum didatangi haid selepas bersalin yang boleh menggunakan kaedah penyusuan ini sebagai satu kaedah untuk merancang keluarga. Kaedah ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi iaitu lebih kurang 98 peratus sekiranya semua kriteria tersebut dipenuhi.Ok,yang ni memang jadik kat i.. pernah sampai my son 1 thn 7 bulan,still tak period² lagi.lepas period je terus sangkut.. eheheh.sama juga masa anak kedua n skrg ni dah 9 bulan bb muaz,ibu tak period lagi.. yang ni nanti i cerita pasal LAM (lactational amenorrhea method)
  • Kurang risiko terhdapat penyakit kritikal
Selain kesan yang dapat dilihat segera seperti yang telah dibincangkan, penyusuan susu ibu juga mempunyai kesan jangka panjang ke atas ibu. Ibu yang menyusui bayi mereka sehingga sekurang-kurang dua tahun pula akan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah. Ibu yang menghidap diabetes dan menyusui bayi didapati memerlukan dos insulin yang lebih rendah untuk merawat penyakit mereka. Selain itu, risiko osteoporosis juga akan lebih rendah dalam kalangan ibu yang menyusui bayi mereka. So far, yang ni tak nampak lagi.. sebab jangka masa panjang,kan?


Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

Kebaikan penyusuan susu ibu



Ok, jom i nak share antara kebaikan susu ibu kepada bayi.Confirm,ada beza ya breastfed baby dengan nonbreastfed baby.

so, dalam rajah tu ada banyak sangat manfaat susu ibu ni. Antaranya:

1.Sistem Imuniti: 
Kanak² yang minum susu ibu jarang² sakit.. bukan tak jatuh sakit.. cuma jarang.My sons pun macam tu.. alhamdulillah Allah pelihara kesihatan mereka .Tapi,disebabkan anak² ibu ni duduk nursery,chances nak dpt sakit ni tinggilah sikit.. cumanya cepat recover n kadang² lambat dijangkiti berbanding kanak² lain.

2.Kulit
Kurang mengalami sipmtom eczyma atau alahan.Kalau ada pun, just mild dan tak kronik.Anak ibu semuanya ada alahan sebab abah diorg ni ada asthma n alahan so memang genetik ler kan? Time Muaz,i use moogoo products.Alhamdulillah,bagus sebab dia diperbuat dari nature product; susu lembu dengan minyak kelapa.Bagus tau and actually better dapatkan yang kurang stereoid,b4 this si abang² Muaz ni memang bergantung pada elomet,cetaphyl,aqua .. theres a few name yg i dpt recall.Moogoo bagus sbb ada produk mandian mcm sabun,syampu,krim,lotion, pencuci muka pun ada okay!

3.Mata
Mempunyai ketajaman mata yang tinggi..

4.Telinga
Kurang terkena jangkitan pada telinga

5.  Tinggi IQ
Lemak yang terkandung dalam susu badan membantu dalam sistem saraf.

6.Tekak
Kanak-kanak susu ibu sangat jarang mengalami masalah tonsil.

7. Buah pinggang
Susu ibu sangat mudah dihadam tak macam susu formula so tak mengganggu buah pinggan baby

8.Sistem respitorasi
Mengelakkan dan  mengawal berlaku penyakit bronchitis,semput dan jangkitan paru-paru.

9. Mulut
Membantu dalam pembinaan rangka mulut dan pembentukan gigi yang baik dan cantik

10. Obesiti
Mengelakkan masalah obesiti semasa bayi

Ok,so itu adalah di antara kebaikan kepada bayi nanti i share pula betapa bestnya manfaat breastfeed ni kepada ibu².

To all new mommies and mommies to be, kalau boleh kita niat awal² nak breastfeed,gali semua ilmu pasal breastfeeding, doa kat Allah semoga diberi kesempatan untuk menyusukan anak kita selama yang boleh.

Seronok tau bila ada ramai  gang breastfeed ni.. boleh berkongsi cerita,masalah, kumpul gadget breastpump la.. eheheh.. paling seronok bila tengok anak kita puas n membesar dengan susu kita sendiri.  







Wednesday, January 23, 2013

My breastfeeding history

Salam ceria semua..

Call me Che yah and lets make frens :).First of all, nak cerita yang i ni working mother with 3 sons.. keje kat cyberjaya and still fully breastfeed my 9 months baby boy.

So, this will be my third breastfeeding journey.. really enjoy it.Pengalaman pertama breastfeeding,masa 6 tahun yang lalu.. of course agak kekok.. nak pegang baby tak reti.. geli2 pun ada masa die nak menyonyot :p ,tapi lama-lama rasa sedih sungguh bila baby nak stop breastfeed. sebab apa tau? bonding dengan anak tu kan.. terasa sangat,kan? my first son fully breastfeed till 1th 7 bulan.. lepas tu die mmg takmau susu lain.. :(

i am really lucky sebab ada kakak yg mmg fully bf so dari situ mmg tanam azam nak ikut jejak dia.i read pa&ma and beli buku penyusuan.. beli pam susu awal2.. memang nekad nak menyusukan anak.. and dalam doa selalu minta kat Allah supaya susu i banyak.. n dpt breastfeed my bb selama mungkin..

Bila dapat anak no 2,bertambah lagi pengetahuan and experience i.Coz,masa anak first i was a housewife.. so memang direct feeding je.. senang keje.Bila anak no 2,masuk kerja kena pam susu, nak kena belajar cara handle susu, cara store susu.. a bit tidious but i do love it.Perasan tak,bila jadi ibu bekerjaya yang menyusu ni memang wajib kena disiplin n rajin,kan? natijah kalau malas2? susu merudum, sebab jadual pam lari.. owh no..!! sian my bb.. dok mengharapkan susu ibu bila balik keje.. hasil yang dibawa pulang.. apakah cukup atau tidak..? so dekat situ mmg menguji tahap kerajinan si ibu.. nak buat keje lagi.. masuk mesyuarat lagi.. tapi,bila terbayang je muka bb.. ya Allah,kuatkan lah semangat ku.. mesti!! kena juga gi pam.. kena bawa balik hasil.. ibu kena berjuang habis2an .. (mcm pergi berperang je).. ya,berperang dgn sikap M tu.

ok,habis yang no 2,lepas je dtg period balik.. masa irsyad(no 2) 1 thn 3 bulan.. terus sangkut no 3.. alhamdulillah.. irsyad ok .. dia boleh terima FM.i bagi dia isomil abbott tu sebab irsyad ni alahan sikit.. but now dah 3 thn die minum susu ilham pula..
susu ilham pun bagus.. ekluaran bumiputra rasa die pn sedap ada campuran badam n kismis n also ada terapi bacaan ayat alquran :)

so,sekarang my third son pula continue my breastfeding history.. susu untuk muaz (3rd) alhamdulillah.. masih fully bfeed.. semoga mencukupi untuk muaz sampai 2 tahun ya sayang..

Psst,saje nak share yang saya consume set 3M shaklee.. nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini.