Thursday, January 24, 2013

Faedah penyusuan terhadap ibu

  •  Bonding
Penyusuan susu ibu membantu meningkatkan ikatan antara ibu dengan bayi. Sentuhan antara ibu dengan bayi, berada rapat semasa penyusuan dan masa yang dihabiskan bersama-sama semasa menyusu merupakan saat indah bagi setiap ibu. Sebenarnya terdapat hormon yang dikeluarkan semasa penyusuan yang membantu meningkatkan ikatan dan perasaan keibuan ini.My sons memang close dengan ibu dia berbanding dengan abah diorg ni.. even ibu dia garang or marah²,ibu jugalah yang diorg cari n peluk cium  ..
  •  Anti-stress
Semasa menyusui bayi, hormon prolaktin dan oksitosin akan dirembeskan dalam tubuh ibu. Fungsi utama hormon ini adalah untuk memastikan penghasilan dan pengeluaran susu. Dalam masa yang sama, hormon ini mampu menyebabkan ibu berasa tenang. Kesannya, ibu yang lebih tenang akan lebih bersedia untuk menyusui dan menjaga bayi mereka. hah,lagi best kalau bfeed masa berbaring.. confirm ibu tido skali dengan bb,kan?
  • Mengelakkan kejadian tumpah darah
Hormon oksitosin juga akan bertindak ke atas rahim ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim. Keadaan ini akan mengurangkan risiko pendarahan yang banyak selepas bersalin. Dengan itu, risiko bagi ibu untuk mengalami anemia atau kekurangan sel darah merah akan berkurangan.Memang tak dinafikan,bila bfeed masa tengah confinement tu,sakitnye ya Allah masa rahim tgh mengecut.. rasa mcm contraction kali kedua.Tapi,alhamdulillah memang cepat rahim tu kecut.. n kena rajin² [akai bengkung lagi cepat perut tu kempis
  •  Mengurangkan berat badan
Ibu memerlukan tenaga yang banyak bagi menghasilkan susu untuk menyusui bayi mereka. Lemak yang banyak terkumpul dalam tubuh ibu semasa hamil akan dibakar untuk menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam penghasilan susu. Oleh itu, ibu yang menyusui bayi mereka terutamanya secara eksklusif selama 6 bulan pertama berjaya mengurangkan berat tubuh dengan lebih cepat berbanding ibu yang tidak menyusui bayi mereka. Keadaan ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko untuk ibu mengalami masalah obesiti selepas bersalin.Yezzaa,yang ni setuju sangat.. me myself.. lepas bersalin bb keluar dgn darah n air ketuban semua,turun la dalam 5kg,dalam waktu confinement turun lagi dalam 5 kg.. so skrg berat saya 50~51kg tinggi 158cm..
Actually ikut juga hormon dan keupayaan badan kita sendiri,setiap orang tak sama.. usia pun memainkan peranan.Compare to my previous pregnancy,kali ni lambat sikit turun.. tapi oklah sebab masih terkawal dulu kurus keding sangat kot.. smpi 45kg.
  •  Family planning yang natural 
Hormon yang dirembeskan semasa menyusui bayi juga dapat mengelakkan ibu daripada menjadi subur. Malahan ramai ibu yang tidak didatangi haid semasa mereka menyusui bayi. Walaubagaimanapun tempoh ketidaksuburan ini berbeza bagi setiap ibu. Hanya ibu yang menyusui bayi mereka secara eksklusif, bayi berusia 6 bulan ke bawah dan ibu masih belum didatangi haid selepas bersalin yang boleh menggunakan kaedah penyusuan ini sebagai satu kaedah untuk merancang keluarga. Kaedah ini mempunyai kadar kejayaan yang tinggi iaitu lebih kurang 98 peratus sekiranya semua kriteria tersebut dipenuhi.Ok,yang ni memang jadik kat i.. pernah sampai my son 1 thn 7 bulan,still tak period² lagi.lepas period je terus sangkut.. eheheh.sama juga masa anak kedua n skrg ni dah 9 bulan bb muaz,ibu tak period lagi.. yang ni nanti i cerita pasal LAM (lactational amenorrhea method)
  • Kurang risiko terhdapat penyakit kritikal
Selain kesan yang dapat dilihat segera seperti yang telah dibincangkan, penyusuan susu ibu juga mempunyai kesan jangka panjang ke atas ibu. Ibu yang menyusui bayi mereka sehingga sekurang-kurang dua tahun pula akan mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih rendah. Ibu yang menghidap diabetes dan menyusui bayi didapati memerlukan dos insulin yang lebih rendah untuk merawat penyakit mereka. Selain itu, risiko osteoporosis juga akan lebih rendah dalam kalangan ibu yang menyusui bayi mereka. So far, yang ni tak nampak lagi.. sebab jangka masa panjang,kan?


Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu

No comments:

Post a Comment